Assalamualaikum & salam sejahtera. Terima kasih kepada IIUM Confession kerana sudi menyiarkan apa yang bakal saya share ni. ” Dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain”. Pernah dengar tak ayat camni? Saya seorang anak perempuan berusia 28 tahun yang bekerja jauh daripada keluarga. Bekerja di sebuah syarikat yang boleh dikatakan GAH jugak. Alhamdulillah. Menyewa dengan 2 orang lagi rakan serumah yang masih membujang macam saya. Salah seorang kawan saya sentiasa mengeluh kalau kami borak2 mesti dia akan terkeluar ayat macam ni ” untung la sapa yang kerja gaji besar, tak payah fikir masalah duit. Mesti boleh beli apa yang nak, dan buat macam2″. Bila saya dengar ayat macam ni saya terus senyum. Saya tak mahu membalas apa2 sebab takut dia terasa. Kalau nak dibandingkan gaji saya 3 kali ganda gaji dia. Tapi saya tak pernah bercakap soal gaji. Tapi kat sini saya cuma nak cakap jangan anggap semua orang yang kerja gaji besar, semua gaji dapat kat dia dan dia boleh buat sesuka hati. Taklah… Saya share pengalaman sendiri, walaupun gaji saya hampir mencecah 4k setiap bulan kiranya da banyak la bagi orang yang tak kawin lagi macam saya, tapi banyak komitment yang ada. Rezeki tu dibahagi bahagikan. Sebulan kalau kira hanya berapa ratus je dapat kat saya. Tapi alhamdulillah duit sentiasa cukup. Tiap2 bulan bila dapat saja gaji benda pertama yang saya buat bank in kat emak kat kampung dan asingkan siap2 perbelanjaan rumah emak kat kampung. Lepas tu tolak semua hutang2 yang ada contohnya umah sewa, bil2, kereta, ptptn, prudential, kutu. Lepas tu asingkan duit perbelanjaan untuk kucing peliharaan, duit sedekah bulan tu, duit simpan. Last2 tinggal la duit untuk makan, minyak dan keperluan sendiri. Kadang2 duit tu tinggal ciput je dalam rm300 untuk sebulan untuk perbelanjaan sendiri. Tapi walaupun duit ciput saya tetap berusaha supaya duit cukup sampai ke gaji seterusnya. Bagaimana? kadang2 puasa, kadang2 ikat perut, jangan keluar ke tempat yang boleh menghabiskan duit seperti keluar gi mall & so on. See… Dalam rezeki kita ada terselit rezeki orang lain. Gaji saya bukan untuk saya sorang saja, tapi untuk ramai orang jugak. Tapi takpela semua orang ada jalan hidup masing2. Terserah kepada kita untuk bersyukur atau merungut. Semoga rezeki yang kita dapat sentiasa diberkati dan sentiasa mencukupi. Inshaallah. Sekian perkongsian saya yang tak seberapa ni. Renung renungkanlah! Ikhlas, Ms M – Ms M Hantar confession anda di sini -> Previous Post Seluar, Tudung, dan Lengan Next Post Terpedaya Kerana Cantik
Siapayang masih tidak tahu jika dilangit rezeki kita sudah disiapkan dan dituliskan bahwa rezeki untuk manusia tidak akan pernah tertukar. Ingatlah, ada 2,5% hak orang lain dalam setiap rezeki yang kita dapatkan. 7. Menikah Meski biaya menikah cukup mahal dan banyak tanggung jawab yang perlu kita penuhi setelah menikah, tapi sesungguhnya
sub-bab Allah titipkan rezeki orang lain di setiap rezeki kita agar kita bersyukur dan berusaha’ “Allah memberi rezeki kepada hamba-Nya sesuai dengan kegiatan dan kemauan kerasnya dan ambisinya,” HR. Anthusi. Di setiap rezeki yang Allah berikan kepada kita ada sebagian rezeki orang yang di titipkan kepada kita, jadi banggalah ketika titipan itu di ambil oleh pemiliknya, brarti kita telah jadi distributor yg baik, lebih baik memberi sebelum di pinta. .dengan shadaqah. . Allah Tambah Nikmat Jika Bersyukur Sadar atau tidak, hidup manusia di alam fana ini tidak akan terlepas dari menerima nikmat dan rahmat Allah. Nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia adalah tidak terhitung banyaknya. Jumlahnya tidak dapat disukat dan ditimbang. Ini jelas dinyatakan Allah dalam firman-Nya bermaksud- “Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, niscaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” – Surah an-Nahl, ayat 18 Meneliti kejadian dan karunia anggota badan utama pada tubuh manusia seperti kaki, tangan, perut, mulut, telinga, hidung dan mata, sudah cukup bagi kita membuat kesimpulan betapa berkuasa, agung dan murahnya Allah serta betapa lemah dan tidak berdayanya manusia yang menghuni alam fana ini. Anggota badan itu pula dijadikan Allah dengan rapi dan lengkap serta dapat bergerak dan berfungsi serentak pada waktu sama. Sambil melihat, kita dapat bercakap, mendengar, menghidu, berjalan dan sebagainya. Imam Al Ghazali mendefinasikan nikmat itu sebagai setiap kebaikan, kelazatan dan kebahagiaan serta setiap kebahagiaan hidup ukhrawi’ – hari akhirat yang kekal abadi.’ Secara umumnya, nikmat kurniaan Allah kepada setiap orang manusia dapat dibahagikan kepada dua yaitu 1 Nikmat bersifat fitri’ atau asasi iaitu nikmat yang dibawa oleh manusia ketika dilahirkan lagi. 2 Nikmat mendatang zaitu nikmat yang diterima dan dirasakan dari masa ke semasa. Nikmat bersifat fitri atau asasi itu digambarkan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud “Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan kemudian diberinya kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur – berterima kasih.” – Surah an-Nahl, ayat 78 Sesungguhnya manusia ini dilahirkan ke dunia dalam keadaan bertelanjang bulat. Tetapi dilengkapi dengan alat yang diperlukan dalam perjuangan hidup ini. Dalam ayat di atas, yang dimaksudkan dengan kelengkapan itu ialah telinga, mata dan hati akal. Ada pun nikmat yang kedua iaitu nikmat yang dianggap mendatang itu ialah segala kenikmatan, kelazatan, kebahagiaan dan sebagainya yang diterima oleh manusia dalam perjalanan hidupnya. Segala sesuatu yang ada dalam alam ini, bermula daripada tanam tanaman sampailah kepada binatang ternakan dan barang logam, semuanya diperuntukkan supaya dapat dimanfaatkan oleh manusia. Keadaan dan kenyataan ini dijelaskan oleh Allah dengan firman-Nya yang bermaksud “Dan sebagai tanda untuk mereka ialah bumi yang mati kering, Kami hidupkan dan Kami keluarkan dari dalamnya buah tanam-tanaman sebahagiannya mereka makan. Dan Kami adakan padanya kebun kurma dan anggur. “Dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air supaya mereka dapat makan buahnya. Semua itu bukanlah hanya usaha tangan mereka. Mengapa mereka tidak bersyukur.” – Surah Yasin, ayat 31 hingga 35 Lumrahnya, seseorang manusia itu hanya akan menyadari nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya apabila nikmat itu hilang atau terlepas daripadanya dicabut oleh Tuhan kembali. Andai kata matanya tidak sempurna, kakinya patah, atau seumpama itu berlaku ke atas dirinya, maka ketika itu barulah berasa sungguh-sungguh bagaimana nikmatnya mempunyai dua bola mata, mempunyai kaki dan tangan tidak cacat. Sesungguhnya nikmat kesihatan betul-betul dirasai apabila kita sakit. Seorang yang berkuasa atau berpangkat akan berasa nikmat memegang kuasa dan pangkat selepas jatuh atau dipecat daripada kekuasaan serta jawatan yang disandangnya hilang. Seorang hartawan apabila jatuh miskin dan melarat, maka akan rasa bersalah olehnya bagaimana besarnya nikmat kekayaan yang pernah dikecapinya itu. Oleh itu peliharalah setiap nikmat diperolehi. Bersyukur dan berterima kasihlah kepada Allah Yang Maha Kuasa supaya nikmat itu akan terus dikekalkan-Nya. Syukur dapat diertikan sebagai Mengerti bahawa semua nikmat yang ada pada diri seseorang hamba, baik yang lahir mahu pun yang batin, semuanya daripada Allah sebagai pemberian daripada-Nya. Tanda seseorang itu bersyukur ialah apabila gembira wujudnya nikmat pada dirinya, yang melorongkan jalan untuk beramal ibadat dan mendekatkan diri kepada-Nya. Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepada-Nya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil saja. Sesungguhnya bersyukur kepada Allah adalah perbuatan wajib ke atas setiap manusia. Ini jelas daripada firman-Nya bermaksud- “Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada Nya.” – Surah an-Nahl, ayat 144 Lawan syukur ialah kufur. Seseorang yang menggunakan nikmat ini pada tempat bertentangan dengan tujuan penciptaannya, maka sebenarnya mengkufuri nikmat Allah yang menganugerahkan nikmat itu kepadanya. Seseorang yang memukul orang lain dengan tangannya, maka orang itu dikira mengkufuri nikmat, sebab tangan yang dijadikan Allah untuk mempertahankan diri daripada perkara yang mengancamnya bukan mencedera atau membinasakan orang lain. Seseorang itu dianggap tidak menggunakan nikmat matanya kerana mengkufuri nikmat mata apabila menggunakannya untuk melihat wajah perempuan yang bukan muhrimnya. Mata dijadikan Allah untuk melihat perkara mendatangkan kebaikan bagi agama dan dunia. Sebab itu mata hendaklah dipelihara daripada melihat perkara yang mendatangkan bahaya dan mudarat. Sikap syukur pula untuk keuntungan manusia sendiri. Tuhan tidak mendapat apa-apa keuntungan dengan perbuatan syukur yang dilakukan oleh hamba-Nya. Sebaliknya, Tuhan juga tidak akan rugi dengan sikap kufur dan engkar yang ditunjukkan oleh manusia. Perkara ini dijelaskan oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud “Barang siapa yang bersyukur maka hal itu untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan barang siapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Mulia.” – Surah al-Naml, ayat 40 Orang yang bersyukur jiwanya akan menjadi semakin bersih. Dia akan bertambah dekat kepada Tuhan dan semakin sedar bahawa nikmat itu adalah kurniaan Illahi yang perlu dipergunakan untuk kebaikan sesama manusia. Seseorang yang memperolehi kekayaan, maka kekayaan itu hendaklah digunakan pula untuk keperluan kebaikan seperti membantu fakir miskin, menolong orang yang memerlukan dan sebagainya. Orang berpangkat dan berkuasa hendaklah melakukan kebaikan terhadap orang di bawah atau rakyat jelata. Sesungguhnya bagi orang bersyukur maka nikmat yang diperolehinya semakin bertambah. Ini jelas dinyatakan Allah dengan firman-Nya yang bermaksud “Jika kamu bersyukur maka Aku Tuhan akan menambah nikmat itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih.” – Surah Ibrahim, ayat 7 Sadar akan pentingnya sikap ini, maka syukurilah nikmat kurniaan Allah kepada kita baik nikmat lahir atau batin. Mudah-mudahan dengan berbuat demikian, maka nikmat itu akan kekal berterusan bersama kita dan hidup kita pula akan mendapat keredaan Allah baik di dunia atau akhirat.Tidakdinafikan setiap rezeki yang kita perolehi, ada hak dan bahagian orang lain yang perlu dikongsi. Ia bukanlah milik kita seorang. Barangkali ia milik mak ayah, adik beradik, orang susah dan golongan yang memerlukan. Jika inginkan keberkatan dalam setiap rezeki yang diperolehi, jangan lokek untuk berkongsi, bahkan pahala tersebut kekal di akhirat nanti. Kita biasa mendengar orang berkata,dalam rezeki kita ada rezeki ringkas kita lihat ada bahagian rezeki kita yg mungkin berkongsi dengan orang iaitu yg wajib adalah zakat dari bahagian rezeki wajib diberi kpd asnaf,yang sunat ialah sedekah jariah dan yg harus adalah bila kita belanjakan untuk membeli barang atau membayar Allah kekadang menurunkan rezeki terus kpd hambanya,kekadang rezeki hambanya turun menerusi orang lain,yg inilah yg disebut dlm rezeki kita ada rezeki harta itu diwajibkan oleh Allah sebagai asas bahawa dlm rezeki kita ada rezeki orang,kita wajib bagaikan Allah nak menunjuk teladan bahawa kita kena berkongsi disarankan dlm quran supaya kita bersedekah jariah sebagai amalan rezeki yg kita perolehi ada bahagian yg tidak tetap untuk menjadi rezeki orang melalui sedekah jariah sebagai tukaran kepada ganjaran disisi bersedekah ini Allah tunjukkan sebagai contoh dg bandingan jika kita memangkas pokok,ia akan bertunas lebih banyak cabangnya,jika biji benih ditabur,ia akan tumbuh dan menghasilkan lebih banyak buah dari benih tadi,maka jika rezeki kita dikongsi dlm sedekah jariah,janji Allah ia akan tambahkan lagi rezeki,kerana Allah menjadikan kita sebagai saluran orang lain mendapat Rezeki TuhanJadi amat bertuah orang yg bersedekah kerana ia mendapat ganjaran pahala dan bila Allah menambah rezekinya,menjadikan dia saluran untuk orang lain dapat rezeki,ganjaran pahalanya sedekah jariah,moga Allah menyalurkan rezekiNya kpd orang lain,menerusi kita,tetapi jika kita peroleji reseki dan menggenggam rapat,mungkin Allah tidak lagi menyalurkan rezeki orang menerusi kita membeli,kita juga seperti jalan untuk Allah salurkan rezeki kpd peniaga,sebab itu bila membeli sebaiknya pilihlah yg seagama,jangan terlalu berkira tentang qualiti dan quantiti kerana ada nilai lain yg lebih baik iaitu kita secara tidak langsung membantu dan menyampaikan rezeki kpd peniaga itu Islam menjadikan jual beli juga sebagai ibadat dg akad serta ingatan tentang hal ini bila membeli,kita bagaikan jalan Allah memberi rezeki kpd kita mengupah orang membuat kerja, secara tidak langsung seperti rezeki orang dlm rezeki secara sepatutnya,jangan terlalu berkira,jangan menangguh upah kerana jika ditangguh ibarat kita menangguh bersabda,lunaskan upahnya sebelum kering peluhnya,membayangkan suruhan disegera bayar bila menguoah orang bekerja,ingatlah dlm rezeki kita ada rezeki orang,bersyukurlah kerana Allah memilih kita untuk menyalurkan rezeki kpd orang anda peniaga atau usahawan yg ada pekerja,ingatlah dlm rezeki kita ada rezeki pekerja yg kita bayar secara beramanah,berpatutan,kerana hakikatnya Allah menyalur rezeki pekerja kita menerusi kita sebagai sebenarnya ibarat menumpang’ rezeki pekerja yg Allah turun menerusi kita,maka ambillah yg patut dan berkongsilah dg pekerja dg memberi gaji yg baik dan bonus bila untung bertambah,moga Allah tambah lagi rezeki kerana kita amanah,kita tidak mengaut semua untung kepada diri dan pekerja sepatutnya berganding mengait rezeki dari Allah dan rezeki kita ada rezeki orang lain, berkongsi rezeki, kongsi rezeki, bayar zakat, bersedekah, berwakafJika kita seorang ketua keluarga,ingatlah rezeki yg kita perokehi bukan rezeki kita seorang terapi juga rezeki anak isteri yg Allah turunkan menerusi sewajarnya dikongsi,bukan dipelahap bergaya dg kereta,pakaian hebat,makan sedap-sedap,tetapi anak isteri lebih kurang teruk bapa yg berbelanja rezeki keluarga dg yg haram seperti merokok,kerana setiap sen dari kocek seorang bapa,ada bahagian rezeki anak bukan duit abah tapi duit kita sekeluarga yg Allah turunkan dalam bentuk hasil usaha wajibkan disucikan pendapatan dengan berzakat,sebagai teladan,marilah kita sucikan rezeki ddngan bersedekah kita menginsafi dalam rezeki kita,ada rezeki dengan sebaiknya dan penuh amanah. Wallahu a’lam – abdghaniharonDALAM REZEKI KITA ADA HAK UNTUK ORANG LAIN .